10 CARA PALING BERKESAN MEMOTIVASIKAN DIRI Memotivasikan diri adalah cara yang paling berkesan untuk mengubah situasi atau keadaan semasa yang tidak diingini. Anda perlu ada kekuatan dalaman untuk mengekalkan matlamat yang ingin dicapai didalam kehidupan. Jika tiada motivasi diri, anda tidak akan kemana-mana. Tidak guna anda mengupah atau membayar wang untuk mendengar dari orang yang memberi semangat atau motivator, kerana anda sendiri telah tahu apa yang akan memotivasikan diri anda sendiri. Anda akan membuang atau membazir duit hanya mendengar dari satu seminar ke satu seminar yang lain. Apa yang paling utama adalah tindakan anda untuk membentuk atau membina motivasi diri sendiri supaya anda sentiasa bertenaga dan bersemangat untuk meneruskan atau mencapai impian yang telah ditetapkan. Tidak dinafikan anda perlu sokongan atau dorongan untuk mencapai atau menyiapkan sesuatu tugasan, samada waktu di pejabat, yang mana anda mungkin perlukan rakan setugas atau pengurus untuk memotivasikan anda menyiapkan sesuatu tugas. Di rumah anda mungkin memerlukan ahli keluarga untuk berkongsi cara bagi memotivasikan diri bagi mencapai matlamat dalam hidup. Mereka mungkin boleh bersama anda setiap hari untuk terus memotivasikan anda. Tetapi semua ini tidak akan bermakna jika anda sendiri gagal untuk mengenali faktor dalaman diri, yang boleh terus memotivasikan diri anda untuk terus bersemangat, iaitu diri anda sendiri. Ini yang akan membezakan diri anda dengan orang lain. Disini ada 10 cara PALING BERKESAN untuk memotivasikan diri yang boleh diikuti untuk menambah atau memberi semangat didalam meneruskan usaha mencapai matlamat yang di impikan. 1. Jangan takut melakukan kesilapan. Kesilapan yang berlaku adalah salah satu cara belajar dan meningkatkan cara hidup. Semua orang melakukan kesilapan. Apa paling penting anda tahu bahawa anda telah melakukan kesilapan dan tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Anda pasti dan mesti belajar dari kesilapan yang lalu dan pastikan bahawa kesilapan itu adalah pengajaran yang paling mahal harganya jika diulangi. 2. Suka atau gembira dengan kehidupan semasa anda. Kegembiraan akan meberi tenaga positif atau kekuatan tambahan pada diri anda. Tenaga ini penting untuk terus membuat anda sentiasa optimistik dan bersemangat dalam kehidupan bagi mencapai matlamat yang dingini. Kegembiraan sekarang tidak sepatutnya membuat anda merasa berpuas – hati dan tidak mahu terus berusaha, sedangkan anda tahu diri anda mempunyai potensi dan keupayaan yang lebih jika anda terus berusaha. Anda perlu bergembira dengan keadaan diri anda sekarang untuk meneruskan kehidupan bagi mencapai matlamat yang paling tinggi yang telah anda tetapkan. 3. Lakukan sesuatu yang diluar kebiasaan ( Out of your Comfort Zone) Anda perlu belajar untuk mencuba sesuatu yang baru dan diluar kebiasaan bagi mencari peluang-peluang yang lebih baik. Jangan hanya berada atau selesa dengan hanya bergaul dengan orang yang sama, tempat kerja atau skil yang sama, cuba teroka sesuatu benda atau keadaan baru yang boleh meningkatkan keupayaan didalam mencapai matlamat dan sentiasa bersemangat tinggi. 4. Berfikir secara luarbiasa Tiada apa yang boleh menghalang untuk anda berfikiran tentang matlamat yang ingin anda capai. Anda perlu berfikiran luar biasa untuk mencapai impian yang juga luar biasa. Sesuatu keadaan terjadi bermula dari impian atau angan-angan. Jangan hadkan keupayaan diri anda didalam mencapai impian dan matlamat yang di ingini. 5. Apa yang anda baca dan dengar akan menpengaruhi semangat diri. Dengar dan baca bahan-bahan yang memberi semangat positif atau boleh memotivasikan diri. Luangkan masa untuk mencari dan membaca buku-buku atau mendengar sesuatu yang boleh memberi semangat. Apa yang anda baca dan dengar akan mepengaruhi atau membentuk diri anda, sekiranya anda tidak tentukan apa yang ingin anda dengar dan baca. Anda perlu amalkan dari apa yang dibaca atau didengar, kerana ia akan memberi keputusan diatas usaha-usaha anda. Perkara-perkara yang baru dan disukai akan memberi semangat dan tenaga baru untuk bekerja dengan lebih kuat didalam mencapai matlamat anda. 6. Jangan lari dari masalah Didalam perjalanan hidup ini mesti ada pasang surut, anda mungkin menghadapi masalah atau kesukaran. Tetapi adalah lebih baik anda teruskan azam dan cita-cita unutk mencapai impian yang telah ditetapkan. Kekecewaaan dan putus asa adalah perkara biasa didalam mengejar kejayaan di masa hadapan. Hadapilah setiap halangan dan rintangan dengan satu persatu. Jika masalah dan halangan yang besar, anda boleh kecilkannya dahulu, kerana ini adalah lebih mudah untuk diselesaikan. 7. Hargai setiap detik / saat didalam kehidupan. Selalulah berfikir tentang kehidupan anda sekarang. Hargailah apa yang anda ada sekarang. Memikirkan perkara yang telah lepas atau berangan tentang masa hasa hadapan tidak akan membawa anda kemana-mana. Menghargai keadaan atau situasi semasa, akan membuat anda lebih yakin dan mengenali akan keperluan untuk melangkah kehadapan bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. 8. Buat kerja atau sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Apabila anda mula melakukan sesuatu, pastikan ianya mesti disiapkan atau dihabiskan. Jangan hanya buat sesuatu separuh jalan, walaupun apa keputusan akhir yang akan berlaku. Secara tidak langsung anda akan memahami atau belajar dari tindakan anda tersebut, samada ianya mendatangkan pedoman yang boleh diikuti atau teladan yang perlu diingati. Ini akan memastikan agar anda sentiasa melakukan sesuatu secara bersungguh – sungguh hingga selesai waluapapun keputusannya. 9. Hadapi halangan satu per satu. Halangan atau rintangan akan sentiasa datang kepada kita, namun begitu adalah lebih baik anda hadapinya satu per satu. Jangan tunggu masalah atau halangan yang kecil menjadi besar dan pada waktu itu anda cuba selesaikan dengan satu tindakan saja. Biasanya jika masalah telah menjadai besar atau banyak, secara tidak langsung anda sendiri akan kurang daya tahan atau motivasi, akhirnya kemungkinan untuk anda mengatasinya menjadi kurang berhasil atau tidak dapat menyiapkan sesuatu tugasan atau perkara yang perlu diselesaikan. 10. Jangan terlalu mendengar apa orang lain cakap Anda mungkin selalu dengar banyak orang yang bercakap tentang perkara-perkara yang tidak baik tentang diri anda. Ini mungkin terjadi diwaktu anda bersama mereka atau disebaliknya. Kadang-kadang suara yang bercakap itu adalah dari orang yang rapat dengan anda, tetapi selagi anda tahu atau percaya dengan apa yang anda lakukan untuk mencapai impian anda, jangan hiraukan suara-suara yang cuba melemahkan anda. Terlalu banyak berfikir tentang apa yang orang lain cakap akan membuat anda menjadi makin lemah dan hilang tumpuan dengan apa yang anda lakukan. Bonus percuma 10 cara PALING BERKESAN untuk memotivasikan diri. Anda akan menjadikan cara-cara ini bagi memajukan atau meneruskan perjalanan anda didalam mengejar cita-cita atau impian yang ditetapkan. |
Sunday, November 23, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment